Saturday, October 22, 2011

TanDe2 kiaMaT yg BeSar ...

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap,
    • Dajjal,
    • Binatang,
    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    • Yakjuj dan Makjuj,
    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    • sekali di barat dan
    • yang ketiga di Semenanjung Arab
    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

    Thursday, March 10, 2011

    JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T



        RaSuLuLLah S.A.W. teLaH bErSaBda yaNg bErMakSud : "SeSiapa yaNg MeMeLiHaRa SoLat, Maka soLat ItU seBagai caHaya BaGiNya, pEtUnJuk DaN JaLaN SeLaMat DaN BaraNgsIapa yaNg tIdak MeMeLiHaRa SoLat, Maka SeSunGguHnya SoLat Itu tiDak MeNjaDi caHaya, DaN tIdak JuGa MeNjaDi pEtuNjUk DaN JaLaN SeLaMat BagInya." 

    RasuLuLLah S.A.W teLaH berSaBda baHaWa : "10 OraNg SoLatNya tiDak dIterIma OLeh Allah S.W.T, antaranya : 

    1. OraNg LeLakI yaNg SoLat seNdIrIaN taNpa MeMbaCa sEsUatU.

    2. Orang LeLakI yaNg MeNgerJakaN SoLat tEtapI tiDak MeNgeLuarkaN ZaKat.

    3. Orang LeLakI yaNg MeNjaDi ImaM, paDaHaL OraNg yang MeNjaDi MakMuM meMbeNcInya.

    4. Orang LeLaki yaNg MiNuM aRak taNpa MaHu MeNinGgaLkaNnya iaitu deNgaN bErtauBat.

    5. OraNg pErEmpUaN yaNg SuaMiNya MaRah kePaDaNya.

    6. Orang peReMpUaN yaNg MeNgErJakaN SoLat taNpa MeMakaI tuDuNg.

    7. ImaM atau PeMiMpiN yang sOmbOng Dan ZaLim..

    8. OraNg-OraNg yaNg sUka MakaN riBa'.

    9. Orang yang soLatNya tIdak DaPat MeNaHaNnya DaRi MeLakUkaN pErBuataN yaNg keJi daN MuNgkaR."

          SaBda RasuLuLLah S.A.W yaNg BerMakSud : "BaRaNg SiaPa yaNg SoLatNya ItU tiDak Dapat MeNaHaNnya DarI MeLakukaN pErBuataN keJi DaN MuNgkaR, Maka SeSuNgGuHnya SoLatNya Itu HaNya MeNamBaHkaN keMurkAaN ALLah S.W.T daN JauH DaRi ALLah."



         HaSsaN r.a berkata : "KaLau SoLat kaMu Itu tiDak DaPat MeNaHaN kaMu DaRi MeLakUkaN pErBuataN MuNgkar DaN keJi, Maka SeSuNgguhNya kaMu DiaNgGap OraNg yaNg tIdak MeNgerJakaN SoLat. Dan paDa HaRi kIaMat NaNti SoLatMu itu akaN DiLeMpaRkaN SeMuLa ke aRaH MukaMu sEpErtI SatU BuNgkUsaN kaIn tEbaL yaNg BuRuk."

    CARA UNTUK MENINGKATKAN KESEMPURNAAN IMAN..

    1. BerSyUkur DeNgaN NikMat yg dI kUrNiakaN oLeH ALLAH S.W.T....
    2. SeNtIaSa bErSaBar DeNgaN sEgaLa cUbaaN yg DataNg..
    3. JaUhkaN dIrI DarI bErGeLuMang deNgaN DoSa.. MaHupUn DoSa bEsaR ataUpUn DoSa kEciL...
    4. baNyaKkaN bErzIkIr DaN bErdOa BagI uNtUk MeNgIngatI ALLAH S.W.T...
    5. eQLaS apaBiLa MeLakUkaN sEsUatu pErbuataN... bUkaN uNtuk tUjUaN rIak DaN sEbagaiNya...
    6. JaNgaN MeNyakItI HatI OraNg LaIn..
    7. pErbaNyakkaN MeLakUkaN aMaLaN-aMaLaN sOLeh..

    Wednesday, February 2, 2011

    APABILA MENERIMA DUGAAN


    SesUatu DugaaN yaNg dI DataNgkaN oLeH Allah S.W.T SaMa aDa Di SeDarI ataU tIdak, PaStI aDa hIkMaH DiSeBaLikNya. DuGaaN aDaLah ujIaN DarIpaDa Allah S.W.T uNtUk MeNgujI kEkUataN dIrI sErta keMaNtapaN sIfat IstiQaMah DaLaM dIrI SeSeOraNg itu. Apa yaNg peNtiNg iaLaH aPabiLa MeNgHaDapI SesUatU DugaaN DaLaM apa BeNtUk puN SeSeOraNg ItU HeNdakLah:

    1. MeNerIma DuGaan ItU DeNgaN HatI yaNg tEnaNg. 
    2. SeNtIaSa iNgat DaN seDar BaHaWa   SegaLa yaNg BerLaku itu MeMpuNyaI hIkMaH tErSeNdIrI.
    3. TeLitI Dan kajI SeMuLa keSiLapaN DaN kEsaLaHaN yaNg teLah diLakUkaN SaMa aDa keSaLahaN tErHaDap Allah S.W.T  ataUpuN SeSaMa ManUsIa. SeSuNgguHnya Allah S.W.T tiDak menDuga SeSeOraNg atau kuMpuLaN OraNg ataU MaSyaRakat yaNg LebIh BeSar MeLaInkaN Allah S.W.T akaN MeNdataNgkaN SeSuatU keBaIkaN. KebaikaN Ini akaN DataNg DeNgaN SeGera ataU SeBaLikNya.
    4. SeNtIaSa iNgat DaN SeDar BaHaWa SeBeNarNya Allah S.W.T MeNdataNgkaN DugaaN aDaLah SeMata-Mata uNtUk MeNgUjI keImaNaN DaN ketaQwaaN SeSeOraNg. SeSuNgguhNya SeMata-Mata tiNggI keImaNaN DaN ketaQwAaN SeSeOraNg MakA SeMakIn BeSar pULa DugAaN Allah S.W.T terHaDap dIrInyA.

    Sunday, January 30, 2011

    Pengalaman Lawatan Ke Rumah Kebajikan Warga Tua

           Hari ahad 30 januari saya dan rakan pergi membuat kajian di rumah kebajikan Warga Tua di di kampung Bangau Tanjung. Nama rumah kebajikan tersebut ialah Rumah Sejahtera. Semasa kajian dilakukan saya dapat melihat bagaimana keadaan warga tua yang dihantar ke rumah kebajikan tersebut dari segi kehidupan seharian mereka, pengurusan mereka dan sebagainya. Sangat memilukan hati apabila kami melihat keadaan tempat tinggal mereka yang tidak terurus, yang mana kemudahan mereka yang tidak begitu lengkap, yang mana mereka perlu bersusah payah sendiri untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital. Seterusnya, sangat menyedihkan apabila mereka menceritakan kisah-kisah hidup mereka sebelum menetap di rumah kebajikan tersebut yang mana, ada diantara mereka yang anaknya tidak mengendahkan mereka lalu di hantarkan ke rumah tersebut. Selain itu, banyaklah pengalaman yang kmi dapt semasa kajian tersebut, kami juga trerpaksa menempuh pelbagai halangan untuk menjalankan kajian tentang warga tua di rumah sejahtera tersebut, seperti terpaksa meredah hujan lebat. Begitu simpati dengan keadaan mereka. Kesimpulannya di sini, kita sebagai anak-anak tidak perlulah untuk menghantar kedua ibu bapa kerumah kebajikan warga tua, kerana bagi mereka lain apabila berada di sisi anak-anak atau orang yang asing bagi mereka. Jagalah kedua ibu bapa selagi mana hayatnya dikandung badai. Perlu di fikir kembali yang mana mereka boleh menjaga kita, membesarkan kita dan sebagainya, mana mungkin kita sanggup untuk kita menghantar mereka ke rumah kebajikan. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. Ibu Bapa adalah segalanya. Tanpa ibu bapa siapalah kita... Renung-renungkanlah...

    KATA-KATA HIKMAH

    1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

    2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


    3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
    kenangan.


    4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.


    5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
    kepada bentuk asalnya.


    6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
    kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


    7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


    8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
    kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
    dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


    9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
    insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


    10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
    batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
    sutera.


    11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
    tingginya enam kaki.


    12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
    mengecewakan agama.


    13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
    mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
    hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


    14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
    malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


    15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
    Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
    Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
    kebahagiaan.

    Friday, January 28, 2011

    KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA

    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.


    1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

    2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.