Sunday, January 30, 2011

Pengalaman Lawatan Ke Rumah Kebajikan Warga Tua

       Hari ahad 30 januari saya dan rakan pergi membuat kajian di rumah kebajikan Warga Tua di di kampung Bangau Tanjung. Nama rumah kebajikan tersebut ialah Rumah Sejahtera. Semasa kajian dilakukan saya dapat melihat bagaimana keadaan warga tua yang dihantar ke rumah kebajikan tersebut dari segi kehidupan seharian mereka, pengurusan mereka dan sebagainya. Sangat memilukan hati apabila kami melihat keadaan tempat tinggal mereka yang tidak terurus, yang mana kemudahan mereka yang tidak begitu lengkap, yang mana mereka perlu bersusah payah sendiri untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital. Seterusnya, sangat menyedihkan apabila mereka menceritakan kisah-kisah hidup mereka sebelum menetap di rumah kebajikan tersebut yang mana, ada diantara mereka yang anaknya tidak mengendahkan mereka lalu di hantarkan ke rumah tersebut. Selain itu, banyaklah pengalaman yang kmi dapt semasa kajian tersebut, kami juga trerpaksa menempuh pelbagai halangan untuk menjalankan kajian tentang warga tua di rumah sejahtera tersebut, seperti terpaksa meredah hujan lebat. Begitu simpati dengan keadaan mereka. Kesimpulannya di sini, kita sebagai anak-anak tidak perlulah untuk menghantar kedua ibu bapa kerumah kebajikan warga tua, kerana bagi mereka lain apabila berada di sisi anak-anak atau orang yang asing bagi mereka. Jagalah kedua ibu bapa selagi mana hayatnya dikandung badai. Perlu di fikir kembali yang mana mereka boleh menjaga kita, membesarkan kita dan sebagainya, mana mungkin kita sanggup untuk kita menghantar mereka ke rumah kebajikan. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. Ibu Bapa adalah segalanya. Tanpa ibu bapa siapalah kita... Renung-renungkanlah...

KATA-KATA HIKMAH

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.


4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.


5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.


6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.


11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.


12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.


13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Friday, January 28, 2011

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.


1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.